Wednesday, November 7, 2012

Pemanasan global cetus cuaca ekstrem?



Puting beliung semakin kerap berlaku selepas perubahan suhu yang ekstrem.
LAPAN bulan lalu, seorang profesor dari Universiti Princeton, Amerika Syarikat (AS), Michael Oppenheimer mengatakan kejadian bencana alam yang biasanya berlaku sekali dalam satu abad seperti banjir besar di New York, akan berlaku setiap tiga hingga 20 tahun. Beliau mengaitkannya dengan pemanasan global kerana meningkatkan paras air laut dan mengubah corak taufan. Micheal yang juga saintis iklim menambah, New York kini amat terdedah kepada taufan ekstrem yang membawa kepada kejadian banjir. Selama lebih daripada 10 tahun, Micheal serta saintis iklim yang lain memberi amaran mengenai risiko ribut kencang dan banjir yang teruk di New York.

Sebanyak 2,000 laporan mengenai kesan pemanasan global di AS dengan amaran mengenai kesannya.
Bagaimanapun, ada yang berkata tidak adil menyalahkan perubahan iklim yang didakwa 'melahirkan' taufan dan menyebabkan kemusnahan. Saintis bimbang tidak dapat mengaitkan taufan dengan pemanasan global dan kaitannya kurang jelas dan ringkas seperti mana aktivis alam sekitar bincangkan. Saintis alam sekitar dari Universiti Victoria, Kanada, Andrew Weaver berkata, taufan berkenaan kelihatan berkaitan dengan perubahan iklim tetapi keseluruhan ribut sukar dikaitkan dengan pemanasan global.
Bagaimanapun beberapa saintis cuaca berkata, beberapa bahagian taufan mungkin dipengaruhi oleh perubahan iklim.
Pertama, terdapat kenaikan paras air laut. Paras air laut di New York 0.3 meter lebih tinggi berbanding 100 tahun lalu, kata saintis iklim dari Universiti Penn State, Micheal Mann. Ditambah dengan suhu Lautan Atlantik iaitu 0.8 darjah Celcius (C) lebih tinggi secara purata berbanding seabad yang lalu, kata seorang lagi saintis dari Universiti Texas Tech, Katherine Hayhoe. "Ini kerana air panas menjana ribut dan taufan," katanya.

Ahli meteorologi juga dapat mengesan lebih banyak ribut taufan di hujung musim mahupun selepas musim.
Suhu Bumi Kajian yang dijalankan pada tahun 2008 mendapati musim ribut taufan Atlantik kelihatan bermula lebih awal dan berakhir lebih lewat tetapi mendapati tiada kaitan dengan pemanasan global. Penyelidik meteorologi di Makmal Bendalir Dinamik Geofizikal di Princeton, New Jersey, Thomas R. Knutson menegaskan manusia telah mengubah alam sekitar. "Kita telah mengubah suhu Bumi, mengubah kelembapan atmosfera dan menukar banyak perkara.
"Manusia 'melakukan' eksperimen tetapi mereka tidak tahu apakah hasilnya," katanya.
Biasanya terdapat 11 ribut Atlantik. Tetapi dua tahun lalu bilangannya bertambah kepada 18 dan kini sebelum habis tahun 2012 terdapat 19 ribut taufan.
Fenomena cuaca yang dinamakan Ayunan Atlantik Utara (North Atlantic Oscillation - NOA) adalah paras tekanan atmosfera yang boleh menjadi positif atau negatif. Penyelidik dari Universiti Cornell, Charles Greene serta beberapa saintis iklim menunjukkan apabila ais di Laut Artik mencair pada musim panas kerana pemanasan global, NOA menjadi negatif.

Pemanasan global serta beberapa faktor lain menyumbang kepada ribut yang kuat. Misalnya lautan yang panas memberikan lebih tenaga bagi menghasilkan ribut. Atmosfera Bumi yang panas memerangkap lebih banyak kelembapan menghasilkan ribut. Perubahan ini menyumbang kepada semua jenis cuaca yang ekstrem. Malahan Ketua Institut Goddard bagi Kajian Angkasa, NASA di New York, James Hansen dipetik dalam Washington Post berkata, analisis menunjukkan perubahan cuaca yang ekstrem tidak ada perkaitan lain selain perubahan cuaca.
Selepas beberapa tahun berbalah, saintis iklim dan pakar ribut taufan bersepakat mengatakan apabila cuaca semakin panas, bilangan taufan semakin bertambah. Ribut yang terbentuk akibat cuaca panas akan menjadi lebih kuat dan membawa lebih banyak hujan.

Pakar mengenai bagaimana pemanasan Artik memberikan kesan terhadap bentuk cuaca ekstrem dari Universiti Rutgers, Jennifer Francis berkata, pemanasan yang berlaku di kawasan Artik baru-baru ini mungkin memainkan peranan penting dalam meningkatkan atau menambahkan kawasan tekanan tinggi. Tetapi beliau sendiri tidak jelas bagaimana pemanasan mempengaruhi pembentukan taufan. "Sementara komponen taufan kelihatan seperti berkaitan dengan pemanasan global kerana hampir kesemuanya semula jadi," kata profesor iklim di Universiti A&M Texas, Gerald North. Bagi penyelidikannya, Micheal menyemak semula rekod banjir di New York pada tahun 1821 dan mendapati beberapa taufan besar menyebabkan banjir lebih buruk.

Kemusnahan yang berlaku sehingga minggu ini disebabkan oleh peningkatan paras air laut berbanding seabad lalu yang lebih tinggi daripada purata di dunia disebabkan geografi pantai dan arus lautan yang luar biasa.
Kesimpulannya saintis menjelaskan ribut tropika yang berlaku kemungkinan besar disebabkan oleh pemanasan global yang tidak terkawal.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121104/re_14/Pemanasan-global-cetus-cuaca-ekstrem#ixzz2BaadGDNB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!


by STAFF BERITA SEMASA on OCTOBER 16, 2009
in BERITA DUNIA: Diambil dari http://beritasemasa.com/pemanasan-global-bencana-alam-besar-bakal-berlaku



4799161992 d08b16d013 Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!
Itulah realitinya pada hari ini. Bumi sudah rosak teruk, dalam erti kata lainnya sudah tua dah Bumi kita ini. Dalilnya? Cuma lihat paparan situasi terkini  di sekeliling kita daripada trajedi gempa bumi di Padang(Indonesia), tsunami di Samoa, gempa bumi di Kepulauan Solomon, gempa bumi di Vanuatu, gempa bumi di Propinsi Papua(Indonesia) begitu juga di Bhutan, Caracas(Venezuela) dan banyak lagi bencana alam di dunia yang sedang rancak berlaku di Bumi kita ini akibat daripada pemanasan global dunia. Bumi semakin rancak “berjoget” menunjukkan amarahnya dengan kerosakan yang bertitik-tolak perbuatan penduduk Bumi sendiri.
4798530171 771937b361 Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!(Pen Hadow)
Terbaru dikatakan bencana alam besar bakal belaku dalam jangkamasa 11 tahun daripada sekarang, iaitu pada tahun 2020. Ini hanyalah kajian manusia semata yang datangnya dari pakar-pakar dalam bidang ini dalam bidang ini. Yang pentingnya hakikatnya yang perlu ditelan oleh kita, Bumi kita sudah rosak dan apa tindakan kita sebagai “penghuninya” untuk mengatasi masalah ini daripada sekarang. Ini berikutan data terbaru yang dikeluarkan mengatakan, ketika ini Lautan Artik yang beku bakal menjadi menjadi laut terbuka selama musim panas dalam masa satu dekad daripada sekarang. Ekspedisi dan kajian kali ini diketuaiPeneroka Veteran kutub Inggeris, Pen Hadow.
4798530205 cc51a2a242 Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!
Jika langkah-langkah pencegahan yang drastik terutamanya pengawalan peningkatan suhu dunia tidak dilakukan, gelaran yang diberikan kepada Kutub Utara sebagai “tutup putih di atas planet Bumi” hanya tinggal kenangan. Ini kerana berdasarkan kajian yang dilakukan mereka dalam sepuluh tahun daripada sekarang, kira-kira lebih 80-85 peratus daripada Lautan Artik akan bebas ais. Implikasinya cukup-cukup besar. Pada masa itu bersedialah kita untuk menerima hakikat, kebanyakan negara akan tinggal sejarah dan sebutan sahaja apabila peningkatan paras laut meningkat dek kerana ais di Lautan Artik.
4799162110 ccff5a8e0b Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!
Yang rasa terlalu dekat untuk kita mengambil tindakan dengan pemanasan global dunia, antara lainnya kita mungkin boleh kurangkan kebergantungan penggunaan kereta. Tapi ada yang sanggup ker? Dengan keadaan sekarang ini daya beli penduduk bumi semakin terhadap penggunaan kereta. Kalau mahu dilaksanakan mungkin tidak mustahil jikalau alternatif yang terbaik dapat disediakan terutamanya kemudahan pengangkutan awam. Tetapi dengan “kecekapan” pengangkutan awam yang ada di negara kita pada hari ini, mungkin misi ini agak sukar dilaksanakan. Nak beli kereta hybrid mungkin kebanyakannya tak mampu.
4798530293 d25a828bf6 Pemanasan Global Dunia, Bencana Alam Besar Bakal Berlaku !!
P/S : 11 tahun bukan suatu tempoh yang lama. Pejam celik, pejam celik sekejap masa akan berlalu dengan cepat. Apa pandangan dan cadangan yang boleh anda kongsikan di sini dalam isu pemanasan global dunia?

Bumi Dalam Bahaya


NEW YORK – Sekumpulan pakar kelmarin memberi amaran kecemasan berikutan kesan global akibat kecairan ais di kawasan Artik yang tidak diramal boleh berlaku, termasuklah pelepasan gas metana dari kawasan permafrost yang ketika ini berada di bawah ais.
Universiti Columbia dan kumpulan aktivis alam sekitar Greenpeace mengadakan majlis berasingan bagi membincangkan data kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan bahawa ais di lautan Artik telah menyusut kepada permukaan paling kecilnya sejak ia mula direkodkan pada tahun 1979.
Menurut data daripada Pusat Data Salji dan Ais di Boulder, Colorado, imej-imej satelit menunjukkan litupan ais Artik cair kepada 3.4 juta kilometer persegi pada Ahad lalu yang merupakan titik ramalan terendah tahun ini.
“Di antara tahun 1979 dan 2012, kita mengalami penurunan ais laut sebanyak 13 peratus bagi setiap dekad, melonjak daripada kadar enam peratus di antara tahun 1979 hingga 2000,” kata pakar oseanografi, Wieslaw Maslowski ketika berucap pada majlis Greenpeace.
“Jika trend ini berterusan kita akan kehilangan ais laut menjelang hujung dekad ini,” Maslowski. – AFP
Disalin dari: http://berita-harian-online.com/bumi-dalam-bahaya-ais-lautan-artik-semakin-cair/#!prettyPhoto-86197/0/

Mengapa Kelab Earth Care ditubuhkan?

Penulis dan pencetus Kelab Earth Care sudah terlibat di dalam bidang berkaitan tenaga dan alam sekitar  semenjak di peringkat pengajian di univerisit sekitar 1980an. Pelbagai kesempatan diceburi melalui perbincangan, persidangan, pengliabtan di dalam projek-projek dan sebagainya. Umumnya usaha-usaha tersebut adalah untuk mencari jalan bagi memelihara alam sekitar dan bumi dari terus menjadi 'mangsa' kepada tangan-tangan manusia bagi melahirkan suatu kehidupan yang lebih baik.

Kesannya, manusia terus dengan secara sedar atau tidak menyedut sumber bumi dengan begitu rakus. arang batu, gas, minyak adalah di antara sumber utama bumi yang sering menjadi rebutan. Kerana tenaga fosil tersebut kini menjadi bahan bakar yang teramat penting bagi menyediakan tenaga elektrik dan menjana pelbagai aktiviti industri.

Pembakaran bahan-bahan di atas secara langsung telah menyebabkan pencemaran di permukaan bumi - di laut, di bumi dan diatmosfera. Kesannya pula telah menyebabkan kepanasan global dan perubahan cuaca bumi.

Ya... manusia perlu terus hidup dan membangunkan kehidupan untuk kehidupan yang lebih baik, namun perlu diingat bahawa, cara pengurusan yang tidak mampan atau lestari akan lebih cepat membawa bumi kepada kemusnahan dan mendatangkan kesan lebih parah kepada kehidupan generasi akan datang dari kelangan anak cucu manusia hari ini juga.

Oleh itu penubuhan Kelab Earth Care membawa objektif :-

1. Mengumpulkan maklumat dan bahan-bahan berkaitan kesedaran keprihatinan terhadap bumi yang merupakan satu-satunya 'the living planet' yang perlu dipelihara kesejahteraan dan jangka hayatnya.
2. Menjadi medan berbincang dan percambahan idea bagaimana manusia keseluruhannya dapat bersama-sama berganding bahu memelihara bumi dari sebarang kerosakkan dan kemusnahan yang kini sudah sangat kritikal disebabkan pengambilan sumber semulajadinya yang terlalu deras dan pembuangan pelbagai kekotoran di bumi, laut dan di udara.
3. Menyebarkan dan membimbing para pembaca dan masyarakat akan inisiatif-inisiatif yang boleh dan wajar dilakukan oleh semua peringkat sama ada diperingkat dunia, negara, agensi, institusi, keluarga mahupun perseorangan di dalam memelihara bumi dan persekitarannya.
4. Memperolehi apa jua bentuk sokongan dari segi idea, tenaga, kewangan dan masa bagi sama-sama menjayakan misi dan visi Kelab EarthCara Malaysia.

Semoga mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak.

Kelab EarthCare Malaysia Dilahirkan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang menjadikan alam dan bumi ini dengan segala macam kehidupan. Allah Yang Maha Besar, Maha Berkuasa, Maha Hebat. Dijadikan bumi ini untuk menampakkan kehebatnNya kepada sekelian hamba-hamban Nya. Agar hamba-hamba Nya sentiasa bersyukur dan menginsafi akan peranan manusia sebagai Khalifah di atas muka bumiNya.

Hari ini 8 Nov 2012, di penjuru bumi ini, Allah ilhamkan penulis ini untuk melahirkan sebuah blog. Sepontan dengan izin Allah, dipagi yang hening selepas solat Fajr .... tetekala anak-anak sedang sibuk bersiap untuk meneruskan hari-hari pembelajaran ke sekolah... ketika ummi sedang sibuk menunaikan kewajipan di dapur menyiapkan sarapan untuk anak-anak, agar anak-anaknya dapat ke sekolah dan menuntut ilmu sabaik-baiknya bagi menyiapkan diri menjadi Hamba Allah yang taat dan Khalifah di muka bumi.

Kelab EarthCare Malaysia adalah cetusan kesedaran bagi menyebarluaskan sedikit maklumat untuk dikongsi kepada semua pembaca. EathCare Malaysia menurunkan beberapa objektif:-

1. Mengumpulkan maklumat dan bahan-bahan berkaitan kesedaran keprihatinan terhadap bumi yang merupakan satu-satunya 'the living planet' yang perlu dipelihara kesejahteraan dan jangka hayatnya.
2. Menjadi medan berbincang dan percambahan idea bagaimana manusia keseluruhannya dapat bersama-sama berganding bahu memelihara bumi dari sebarang kerosakkan dan kemusnahan yang kini sudah sangat kritikal disebabkan pengambilan sumber semulajadinya yang terlalu deras dan pembuangan pelbagai kekotoran di bumi, laut dan di udara.
3. Menyebarkan dan membimbing para pembaca dan masyarakat akan inisiatif-inisiatif yang boleh dan wajar dilakukan oleh semua peringkat sama ada diperingkat dunia, negara, agensi, institusi, keluarga mahupun perseorangan di dalam memelihara bumi dan persekitarannya.
4. Memperolehi apa jua bentuk sokongan dari segi idea, tenaga, kewangan dan masa bagi sama-sama menjayakan misi dan visi Kelab EarthCara Malaysia.

Semoga sedikit usaha murni ini akan sentiasa dibimbing Allah di dalam menyumbang untuk sama-sama menjaga bumi ini dan beroleh keridhaanNya di dunia mahupun di Akhirat nanti.