Wednesday, November 7, 2012

Kelab EarthCare Malaysia Dilahirkan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang menjadikan alam dan bumi ini dengan segala macam kehidupan. Allah Yang Maha Besar, Maha Berkuasa, Maha Hebat. Dijadikan bumi ini untuk menampakkan kehebatnNya kepada sekelian hamba-hamban Nya. Agar hamba-hamba Nya sentiasa bersyukur dan menginsafi akan peranan manusia sebagai Khalifah di atas muka bumiNya.

Hari ini 8 Nov 2012, di penjuru bumi ini, Allah ilhamkan penulis ini untuk melahirkan sebuah blog. Sepontan dengan izin Allah, dipagi yang hening selepas solat Fajr .... tetekala anak-anak sedang sibuk bersiap untuk meneruskan hari-hari pembelajaran ke sekolah... ketika ummi sedang sibuk menunaikan kewajipan di dapur menyiapkan sarapan untuk anak-anak, agar anak-anaknya dapat ke sekolah dan menuntut ilmu sabaik-baiknya bagi menyiapkan diri menjadi Hamba Allah yang taat dan Khalifah di muka bumi.

Kelab EarthCare Malaysia adalah cetusan kesedaran bagi menyebarluaskan sedikit maklumat untuk dikongsi kepada semua pembaca. EathCare Malaysia menurunkan beberapa objektif:-

1. Mengumpulkan maklumat dan bahan-bahan berkaitan kesedaran keprihatinan terhadap bumi yang merupakan satu-satunya 'the living planet' yang perlu dipelihara kesejahteraan dan jangka hayatnya.
2. Menjadi medan berbincang dan percambahan idea bagaimana manusia keseluruhannya dapat bersama-sama berganding bahu memelihara bumi dari sebarang kerosakkan dan kemusnahan yang kini sudah sangat kritikal disebabkan pengambilan sumber semulajadinya yang terlalu deras dan pembuangan pelbagai kekotoran di bumi, laut dan di udara.
3. Menyebarkan dan membimbing para pembaca dan masyarakat akan inisiatif-inisiatif yang boleh dan wajar dilakukan oleh semua peringkat sama ada diperingkat dunia, negara, agensi, institusi, keluarga mahupun perseorangan di dalam memelihara bumi dan persekitarannya.
4. Memperolehi apa jua bentuk sokongan dari segi idea, tenaga, kewangan dan masa bagi sama-sama menjayakan misi dan visi Kelab EarthCara Malaysia.

Semoga sedikit usaha murni ini akan sentiasa dibimbing Allah di dalam menyumbang untuk sama-sama menjaga bumi ini dan beroleh keridhaanNya di dunia mahupun di Akhirat nanti.


No comments:

Post a Comment