Wednesday, November 7, 2012

Mengapa Kelab Earth Care ditubuhkan?

Penulis dan pencetus Kelab Earth Care sudah terlibat di dalam bidang berkaitan tenaga dan alam sekitar  semenjak di peringkat pengajian di univerisit sekitar 1980an. Pelbagai kesempatan diceburi melalui perbincangan, persidangan, pengliabtan di dalam projek-projek dan sebagainya. Umumnya usaha-usaha tersebut adalah untuk mencari jalan bagi memelihara alam sekitar dan bumi dari terus menjadi 'mangsa' kepada tangan-tangan manusia bagi melahirkan suatu kehidupan yang lebih baik.

Kesannya, manusia terus dengan secara sedar atau tidak menyedut sumber bumi dengan begitu rakus. arang batu, gas, minyak adalah di antara sumber utama bumi yang sering menjadi rebutan. Kerana tenaga fosil tersebut kini menjadi bahan bakar yang teramat penting bagi menyediakan tenaga elektrik dan menjana pelbagai aktiviti industri.

Pembakaran bahan-bahan di atas secara langsung telah menyebabkan pencemaran di permukaan bumi - di laut, di bumi dan diatmosfera. Kesannya pula telah menyebabkan kepanasan global dan perubahan cuaca bumi.

Ya... manusia perlu terus hidup dan membangunkan kehidupan untuk kehidupan yang lebih baik, namun perlu diingat bahawa, cara pengurusan yang tidak mampan atau lestari akan lebih cepat membawa bumi kepada kemusnahan dan mendatangkan kesan lebih parah kepada kehidupan generasi akan datang dari kelangan anak cucu manusia hari ini juga.

Oleh itu penubuhan Kelab Earth Care membawa objektif :-

1. Mengumpulkan maklumat dan bahan-bahan berkaitan kesedaran keprihatinan terhadap bumi yang merupakan satu-satunya 'the living planet' yang perlu dipelihara kesejahteraan dan jangka hayatnya.
2. Menjadi medan berbincang dan percambahan idea bagaimana manusia keseluruhannya dapat bersama-sama berganding bahu memelihara bumi dari sebarang kerosakkan dan kemusnahan yang kini sudah sangat kritikal disebabkan pengambilan sumber semulajadinya yang terlalu deras dan pembuangan pelbagai kekotoran di bumi, laut dan di udara.
3. Menyebarkan dan membimbing para pembaca dan masyarakat akan inisiatif-inisiatif yang boleh dan wajar dilakukan oleh semua peringkat sama ada diperingkat dunia, negara, agensi, institusi, keluarga mahupun perseorangan di dalam memelihara bumi dan persekitarannya.
4. Memperolehi apa jua bentuk sokongan dari segi idea, tenaga, kewangan dan masa bagi sama-sama menjayakan misi dan visi Kelab EarthCara Malaysia.

Semoga mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak.

No comments:

Post a Comment